Jenama Jepun terkenal iaitu atmos kali ini akan melakukan kerjasama bersama dengan jenama The North Face. Untuk kolaborasi pada kali ini mereka memilih untuk menghasilkan selipar Base Camp Slide II yang sesuai dipakai ketika musim panas.

Base Camp Slide II bakal didatangkan dengan tiga corak camouflage yang berbeza. Setiap model ini menggunakan teknologi EVA untuk memberikan kestabilan dan keselesaan pada pemakai. Di samping itu kasut ini turut disertakan dengan fabrik mesh pada bahagian hadapan camouflage untuk membantu meyerap peluh dan tidak menbuatkan kaki melekit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selipar Base Camp Slide II atmos x The North Face bakal mula djual pada 21 april ini dengan harga $50 (RM 194.57). Anda boleh membelinya di laman web atmos.

atmos-the-north-face-base-camp-slide-ii-3

atmos-the-north-face-slides-02

atmos-the-north-face-base-camp-slide-ii-2