Ada berita kurang enak untuk peminat yang menunggu keluaran kolaborasi adidas dan Dragonball Z.

Menurut laporan daripada adidas, mereka menberitahu bahawa koleksi ini boleh menjadi salah satu yang paling terhad untuk tahun ini. Setiap model dari koleksi ini dijangka dihadkan pada 1000 pasang sahaja untuk setiap rekaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas ZX 500 RM ‘Goku’ dan Yung-1 Frieza antara model senarai dijadualkan keluar pada hujung bulan. Seterusnya dalam senarai model Prophere ‘Cell’ dan Deerupt ‘ Son Gohan’ pada bulan Oktober, seterusnya Ultra Tech “Vegeta” dan ‘Kamanda “Majin Buu’ pada bulan November dan akhir sekali pada bulan Disember EQT Support ADV Primeknit ‘Shenron’.

Kami yakin keluaran kolaborasi ini akan harga mungkin meningkat lebih tinggi disebabkan penghasilan yang amat terhad oleh adidas. Kepada peminat anda boleh bersedia pada hujung minggu ini.