Ada berita baik untuk penggemar animasi Dragon Ball Z, adidas Malaysia semalam mengumumkan kasut kolaborasi bersama Dragon Ball Z akan memasuki pasaran Malaysia.

Pengumuman ini dibuat menerusi laman rasmi Adidas Malaysia. Menariknya kedua-dua model kasut iaitu ZX 500 ‘Goku’ dan Yung-1 ‘Frieza’ sah akan dijual pada hari esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang berminat untuk memiliki kasut ini, anda boleh membelinya secara atas talian di adidas Malaysia dan melalui storan adidas.my pada esok hari. Selain itu butik Crossover dan Sole What juga turut menawarkan kedua-dua model ini. Harga jualan untuk Yung-1 ‘Frieza’ adalah RM699 dan untuk ZX500 ‘Goku’, masih belum diumumkan.