Nama AirAsia pasti sinonim dengan penerbangan tambang murah. Terbaharu, AirAsia telah melancarkan koleksi pakaian dan aksesori dengan kerjasama jenama fesyen tempatan, Projek Jahat di Kuala Lumpur Fashion Week 2019.

Projek Jahat merupakan antara jenama yang makin mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen tanah air berikutan daya kreativiti yang ditonjolkan untuk menghasilkan rekaan unik untuk setiap produknya.

Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation (AAF) Yap Mun Ching berkata, “Matlamat kami adalah untuk memulakan perbualan baharu mengenai kelestarian fesyen melalui koleksi pakai semula. Rekaan Projek Jahat menggunakan bahan-bahan AirAsia sememangnya segar dan unik kerana mereka melihat bahan-bahan tersebut sebagai sesuatu yang dapat mencetus imaginasi mereka sebagai pereka.”

Bagi Kurator Projek Jahat Mohd Faizul Isa, atau lebih dikenali sebagai Joe, koleksi tersebut mengetengahkan kepentingan kelestarian fesyen. Semasa Minggu Fesyen pada tahun lepas, Joe telah mempamerkan koleksi pelbagai potongan denim yang dipakai semula, menjadikan beliau sebagai ‘Pereka yang paling menarik perhatian’ di KLFW 2018.

“Kami mahu menunjukkan bahawa bahan buangan boleh dipakai semula dengan idea-idea baharu. Kali ini, kami mengetengahkan interpretasi prinsip ekonomi berkongsi untuk mencipta koleksi yang boleh disesuaikan dengan pemakai, tanpa mengira jantina atau saiz,” kata beliau.

AC20190821_KLFWProjectJahat-5175_preview
Sumber: AirAsia
AC20190821_KLFWProjectJahat-5109_preview
Sumber: AirAsia

Koleksi ini hadir dengan 12 jenis pakaian dan aksesori dan ebih menarik, setiap rekaan dibuat sepenuhnya daripada tekstik dan bahan-bahan yang dipakai semula iaitu daripada selimut hingga ke kulit tempat duduk yang boleh didapati di gudang AirAsia.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, ia akan tersedia secara eksklusif pada 23 Ogos 2019 di Destination: GOOD iaitu sebuah butik yang menampilkan barangan daripada perusahaan sosial AirAsia Foundation di Kuala Lumpur.

Butik ini akan ditempatkan di REXKL, yang dahulunya merupakan Pawagam Rex, yang ikonik kini telah diubah menjadi sebuah hab kreatif dan keusahawanan pelbagai budaya. Selari dengan misi REXKL, Destination: GOOD juga bertujuan untuk mempromosikan budaya dan memupuk perpaduan masyarakat.

AC20190821_KLFWProjectJahat-5096_preview
Sumber: AirAsia
AC20190821_KLFWProjectJahat-5158_preview
Sumber: AirAsia
AC20190821_KLFWProjectJahat-5132_preview
Sumber: AirAsia
AC20190821_KLFWProjectJahat-5059_preview
Sumber: AirAsia