Hari ini adalah hari yang penting buat peminat tegar Star Wars. Setiap 4 Mei, Star Wars Day disambut oleh semua peminat tegar Star Wars. Bata tahun ini melancarkan satu koleksi khas sempena Star Wars ini.

Dua model telah dipilih untuk koleksi ini Bata Tennis dan Bata Bullets serta beberapa pilihan warna dan rekaan. Lebih menarik adalah anda boleh membelinya di butik Bata KLCC bermula hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bata Heritage meletakkan harga untuk Bata Bullets (RM 299) dan Bata Tennis (RM 249). Anda juga akan dapat beg edisi khas untuk setiap pembelian kasut ini. Harap-harap masih ada lagi model ini di butik Bata KLCC. May the force be with you.