Vans kali ini hadir pula dengan koleksi kolaborasi bersama siri kartun terkemuka dunia, The Simpsons yang sangat ceria dan penuh warna warni.

Untuk lebih 30 tahun, siri The Simpsons telah berjaya menghiburkan bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa di seluruh dunia. Koleksi ini dihasilkan sebagai menghargai siri kartun ini yang telah menjadi sebahagian daripada pop culture dunia hiburan.

Model SK8-Hi dan Chukka Pro adalah model key pieces dalam koleksi ini yang pastinya menjadi rebutan peminat setia The Simpsons. Koleksi ini turut hadir bersama baju, beg, topi dan juga jaket yang semuanya diilhamkan daripada watak-watak yang terdapat dalam siri ini.

vans 6

vans 8

vans 9

Vans x The Simpsons akan berada di pasaran bermula 7 Ogos 2020 dan untuk melihat koleksi ini dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Vans Malaysia di sini. Sekiranya anda peminat tegar siri The Simpsons, model ini perlu ada dalam koleksi anda.

Ini pula koleksi hebat Vans yang lain sepanjang tahun ini. Klik pada pautan di bawah.

Vocket Review: Vans x Kide Baharudin, Koleksi Anak Jati Kuala Pilah Yang Mantap

Vocket Review: Unboxing Kasut Vans x National Geographic Yang Mantap

Outlet Store Pertama Vans Kini Dibuka Di Johor Premium Outlets