Koleksi baik yang ditunggu-tunggu peminat setia IKEA, EFTERTRÄDA (yang bermaksud pengganti) akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Koleksi yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu akan hadir dengan koleksi pakaian untuk kanak-kanak dan dewasa, botol air, beg tote dan tuala mandi dengan rekaan minimalis yang menjadi identiti IKEA.

EFTERTRÄDA_02

IKEA 1

IKEA 2

Koleksi ini terlebih dahulu masuk pasaran Jepun, Thailand dan Singapura. IKEA sentiasa menekankan faktor keselesaan dan hoodie dalam koleksi ini antara yang laris di luar negara kerana boleh dipakai ketika hari sejuk terutamanya di waktu malam.

IKEA ‘EFTERTRÄDA’ akan mula dijual di cawangan IKEA seluruh negara bermula 4 Mac dan dalam talian bermula 11 Mac 2021. Tidak terlupa terdapat juga menu makanan lazat EFTERTRÄDA X IKEA Food Special, Laksa Lobster Spaghetti akan dijual dalam tempoh masa terhad bermula 4 Mac sehingga 30 Mac 2021. Jadi, selepas anda beli baju, boleh terus cuba menu khas ini.

P/S: Untuk ahli IKEA Family, anda boleh redeem 1 pelitup muka edisi khas bermula 4 Mac 2021 ini dan ia terhad kepada 800 ahli sahaja di setiap cawangan. Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

Sebelum ini IKEA ada tersilap cetak beg. Namun dijual sahaja kepada pelanggan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA

IKEA Silap Cetak Beg, Kata ‘Alamak’ Dan Jadikannya Beg Edisi Khas

IKEA Bakal Jual Perabot ‘Second-Hand’ Tidak Lama Lagi