Pengedar rasmi produk Liverpool FC di Malaysia, Al-Ikhsan Sports telah merasmikan koleksi eksklusif Liverpool FC Champions Range sempena Liverpool FC yang menjuarai English Premier League (EPL) baru-baru ini.

Koleksi Liverpool FC Champions Range ini menampilkan koleksi pakaian seperti baju dan juga hoodie bersama memorabilia lain kelab Liverpool antaranya skaf, mug, key chains dan juga bendera bagi meraikan musim EPL 19-20 yang sangat bermakna bagi peminat setia kelab ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Al-Ikhsan Sports telah menjadi retail partner rasmi Liverpool FC sejak April 2019. Sejak daripada tarikh ini, peminat Liverpool sudah boleh mendapatkan produk rasmi Liverpool seperti jersi, baju dan bag di 45 cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic seluruh negara.

Koleksi khas ini telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan CEO Al-Ikhsan Sports dan Football Republic, Vach Pillutla.

Liverpool FC Champions Range t-shirt hadir dengan dua pilihan warna iaitu merah dan juga hitam bersama produk lain seperti tumblers, mug, skaf dan bendera. Koleksi ini sudah tersedia di butik Al-Ikhsan dan Football Republic seluruh Malaysia atau secara dalam talian di sini.

Harga produk pula bermula daripada RM29 sahaja. Inilah masa terbaik untuk peminat setia mendapatkan produk The Reds bagi meraikan kejayaan Liverpool FC yang gemilang musim ini!

Ini pula koleksi hebat AL Culture oleh Al-Ikhsan yang dilancarkan baru-baru ini. Klik pada pautan di bawah.

Vocket Visits: Al-Ikhsan Lancar AL Culture, Koleksi Khas Dengan Sentuhan Budaya Malaysia

Cawangan Terbesar Football Republic Dibuka Di Sunway Pyramid

al-ikhsaN Lancar Koleksi Edisi Khas Marvel Sempena ‘Avengers: Infinity War’