Sejak Virgil Abloh mengumumkan kolaborasi Off-White™ bersama IKEA, ramai yang sudah tidak sabar lagi menantikan koleksi. Tambah pedih apabila tiada tarikh rasmi bila koleksi kolaborasi ini akan dilancarkan.

IKEA memperlihatkan pula beberapa rekaan karpet baharu yang akan turut berada dalam koleksi ini. Antara yang menarik perhatian adalah rekaan karpet ‘resit IKEA’. Hanya Virgil sahaja yang boleh jadikan resit IKEA jadi cool.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, beg FRAKTA versi baharu, kerusi, meja kopi, frame dan karpet akan dijual kepada umum apabila koleksi ini dilancarkan kelak. Harga untuk koleksi kolaborasi bersama Off-White™ juga telah diumumkan.

Ikea Bed
Katil khas Off-White
ikea carpet
Karpet “WET GRASS”
Ikea Keep off
Karpet KEEP OFF”
off-white-ikea-01
Frame gambar
virgil-ikea-official
Karpet “Now Loading”

Harga rasmi untuk meja kopi adalah 279 Euro (RM1,311±), kerusi €69.95 (RM328±), kerusi sandar €99.99 (RM470±), cushion bantal €9.99 (RM46.95±), karpet “Wet GRASS” €229 (RM1,095±), Karpet resit IKEA €59 (RM277±) dan beg coklat “SCULPTURE” dari harga €9.99 (RM46±) dan €12.99 (RM69±).

Sudah nampak item mana yang akan sold out terlebih dahulu. IKEA juga telah menetapkan tarikh koleksi ini akan dilancarkan; tahun 2020. Sempat untuk kumpul duit dan membeli kesemua koleksi IKEA x Off-White untuk hias rumah anda. Mana satu item yang paling anda inginkan dalam koleksi ini?

Kami yakin karpet-karpet ini akan menghiasi ruangan dinding rumah dan bukannya di atas lantai sebab setiap rekaan unik-unik belaka.