Di mata orang sekeliling ia hanyalah ‘sampah’ tetapi tidak bagi Nike. Teknologi kitar semula yang kini semakin canggih digunakan oleh Nike untuk menghasilkan koleksi Space Hippie yang unik ini.

Space Hippie merupakan koleksi kasut yang hanya menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkannya. Setiap model akan menggunakan 85-90% polyester kitar semula Space Waste yarn, foam Nike ZoomX kitar semula dan Crater Foam (gabungan foam daripada kasut Nike biasa dan Nike Grind Rubber) untuk menghasilkan kasut dengan rekaan yang radikal serta unik.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Pemilihan setiap material hingga kaedah pembuatan serta pembungkusan dipilih dengan teliti bagi mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar.

Koleksi ini dihasilkan bagi menyebarkan mesej kepentingan menjaga alam sekitar selain salah satu idea baharu untuk menangani masalah sampah dan mengubah sampah menjadi sesuatu yang cantik dan dipakai semula.

4 model yang dinamakan 01,02,03 dan 04 ini akan mula dijual menerusi aplikasi dan laman SNKRS esok. Ia turut akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM535 hingga RM735. Kasut ini tidak akan dijual di butik Nike dan pastinya nilai ‘kasut sampah’ ini akan meningkat di masa akan datang.

Kasut ini pasti akan bernilai lebih tinggi selepas ia sold out esok. Sebelum ini, model Nike SB ini telah dijual kembali setinggi RM6,500. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Nike SB Kembali Popular, Kasut Berharga RM389 Ini Dijual Kembali Setinggi RM6,500

Nike Air Zoom Alphafly NEXT%, Kasut Terpantas Pernah Dihasilkan Bakal Dilancarkan Jun Ini

Pertama Kali Dalam Sejarah, adidas Sokong Kempen ‘Don’t Do It’ Nike

Anda Mungkin Suka