Bersempena dengan pelancaran koleksi Spring/Summer 2019, butik Carnival mempersembahkan kolaborasi istimewa yang sangat dekat dengan pengguna. Kolaborasi bersama salah satu jenama makanan segera terkenal di dunia, KFC kali ini menampilkan barisan pakaian yang bertemakan warna dan slogan restoran tersebut.

Warna merah, putih dan hitam dipilih sebagai warna tema koleksi ini bertepatan dengan warna identiti KFC. Antara barangan yang diperkenalkan ialah topi, T-Shirt, hoodies dan totebag.

kfc-carnival-capsule-collection-release-details-12

kfc-carnival-capsule-collection-release-details-10

kfc-carnival-capsule-collection-release-details-09

kfc-carnival-capsule-collection-release-details-07

kfc-carnival-capsule-collection-release-details-05

Koleksi edisi terhad ini hanya boleh didapati di Carnival flagship store di Bangkok, Thailand sehingga 31 Mei ini sahaja. Difahamkan juga sempena pelancara edisi terhad ini, KFC Bangkok akan melancarkan menu khas, “Double Down” yang akan dihidangkan dalam kotak khas diinspirasikan daripada kotak sneakers. Menu ini boleh didapati dengan harga ฿89 (~RM11.75) sahaja.