Hot Wheels secara tiba-tiba menghasilkan koleksi khas bersama Tesla Cybertruck yang mengejutkan peminat setia Hot Wheels.

Terdapat dua versi kereta dihasilkan untuk kolaborasi ini: Model 1:64 yang dijual pada harga USD20 (~RM83) dan 1:10 yang dijual pada harga USD400 (~RM1,675).

Menariknya, model yang lebih besar dan mahal iaitu 1:10 terlebih dahulu habis ditempah. Tetapi pembeli cuma menerima set ini pada bulan Disember 2020 nanti.

Cybertruck price
Model 1:10 yang laris ketika dilancarkan semalam

Apa yang menarik tentang model remote control Tesla CyberTruck ini? Ia mengikut rekaan CyberTruck sebenar yang dikecilkan saiznya dan kelajuannya tertingginya juga mengikut top speed CyberTruck yang telah dikecilkan.

Berdasarkan komen peminat Tesla dan juga Hot Wheels, mereka sangat menyukai model ini dan sangat teruja dan tidak sabar menantikan model ini siap dihasilkan.

Ketika ini, hanya model 1:64 masih dibuka untuk tempahan dan sekiranya anda collector tegar Hot Wheels, ini adalah model yang perlu ada dalam koleksi anda.

Ini pula kisah seorang collector Hot Wheels dari Malaysia yang mempunyai koleksi hebat bernilai lebih RM250,000. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Kerana Hutang, Lelaki Ini Terpaksa Lepaskan Koleksi Hot Wheels Bernilai Lebih RM250,000

VLOCKET: Model Hot Wheels Skala Sebenar Di Art Of Speed 2019

Supreme X Hot Wheels ‘Fleet Flyer’ Akan Mula Dijual Esok