Vans telah memberi sneak peak koleksi Harry Potter hasil kolaborasi Warner Bros dan Vans kepada peminat semenjak bulan lalu lagi. Koleksi ini akan mula menemui pengguna di Malaysia hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat 4 rekaan diinspirasikan daripada 4 rumah pelajar di Hogwarts iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Koleksi ini akan dihadirkan dengan rekaan klasik Vans iaitu Sk8-Hi untuk Gryffindor, Era untuk Slytherin, Authentic untuk Ravenclaw dan Classic Slip-On untuk Hufflepuff.

ec0dbccc-vans-shoes-

57305c72-vans-sneaker

Koleksi ini boleh didapati di CROSSOVER Concept Store, Mid Valley dan butik Vans terpilih seluruh Malaysia. Buat peminat setia Harry Potter, boleh terjah ke cawangan berdekatan untuk mendapatkan koleksi yang awesome ini.