Nampaknya satu lagi band metal terkemuka dunia akan mempunyai koleksi khas bersama Supreme. Selepas Black Sabbath dan Slayer, koleksi khas Supreme bersama kumpulan Slipknot dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Perkara berkenaan dihebahkan oleh seorng peminat tegar Supreme di Twitter, @DropsByJay Melalui sumber terdekat beliau, koleksi ini sudah lama dirancang dan cuma akan dikeluarkan secara rasmi tahun ini.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Dikhabarkan bukan hanya baju tetapi aksesori seperti topi turut akan dihasilkan. Paling menarik, antara aksesori yang mungkin dijual ialah satu stamp dengan tajuk lagu Slipknot turut dikongsikan oleh DropsByJay.

Supreme dan Slipknot tidak membuat sebarang pengesahan lagi mengenai kolaborasi ini. Jika ianya menjadi kenyataan, seperti biasa setiap item pasti akan habis terjual.

Jika anda pemain Supreme dan baru pertama kali mendengar nama kumpulan Slipknot menerusi artikel ini, boleh dengar dahulu lagu-lagu Slipknot supaya anda ada knowledge tentang barangan yang akan dijual kelak.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka