Buat anda yang ternanti-nanti koleksi kolaborasi NASA dan Vans sejak diumumkan pada bulan April yang lalu, nampaknya kini model NASA x Vans Old Skool dan Sk8-Hi MTE akan mula dijual pada 2 November.

Koleksi ini menampilkan model Old Skool, Sk8-Hi, Sk8-Hi MTE dan Slip-On, malah menonjolkan patch dan cetakan tematik yang boleh ditanggalkan. Butiran Voyager kelihatan menyerlah secara keseluruhanya termasuk pada lidah Old Skool terdapat tulisan ‘SHUTTLE’ dan midsole seperti boot angkasawan yang sepadan dengan Sk8-Hi.

Kerjasama itu juga termasuk beg pakaian, beg galas dan beg duffle untuk melengkapkan koleksi keseluruhan. Adakah anda teruja dengan koleksi ini? Anda mungkin boleh dapatkan awal kerana berdasarkan beberapa sumber, Malaysia mungkin akan menjadi antara negara yang mendapat pelepasan awal untuk model tersebut.