Sebelum ini editor kami pernah terbitkan bagaimana IKEA dengan sinis memerli jenama terkenal yang meniru konsep beg rekaan mereka. Tidak berakhir di situ, baru-baru ini sebuah lagi syarikat jenama terkenal bertempat Los Angeles memperkenalkan rekaan topi terbaru mereka yang turut diinspirasikan daripada beg IKEA.

Baca: Ini Yang Dilakukan IKEA Apabila Beg Rekaan Mereka Dijual Dengan Harga RM9421

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti biasa, perkara viral selalunya menerima balasan lucu oleh pengguna internet. Tetapi kali ini lebih kreatif, mereka menghasilkan pelbagai jenis rekaan fesyen yang menarik diperbuat daripada beg IKEA. Nampaknya beg IKEA bukan sekadar beg lagi, mungkin boleh dijadikan material untuk baju raya anda nanti.

Antara koleksi menarik yang dihasilkan adalah seperti kasut, backpack, tas tangan, pakaian tidur dan pelbagai lagi. Di bawah ini kami paparkan sebahagian daripada koleksi yang telah siap dihasilkan. Kreatif sungguh!

Backpack IKEA

Beg Silang IKEA

Kasut IKEA

Apron IKEA

Jaket Kalis Air IKEA

Beg Tangan IKEA

Penutup Muka IKEA

Dompet IKEA

Seluar Sukan IKEA

Rasanya sudah boleh IKEA kembangkan perniagaan kepada jenama pakaian pula.

Sumber