Nampaknya ada yang tidak selesa dengan koleksi terbaru dari Pharrell Williams ini. Projek terbaru Pharrell bersama adidas, koleksi ‘Holi’ diinspirasikan daripada perayaan keaagamaan yang disambut di India dan Nepal setiap tahun.

Koleksi ini hadir dengan pelbagai warna yang boleh dipilih dan untuk perayaan ini, Pharrell sendiri ke India untuk merasai sendiri sambutan perayaan ini di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=gPkC5-smDss

Namun koleksi ini mendapat reaksi pelbagai daripada banyak pihak. Rajan Zed, salah seorang penganut agama Hindu mahu Pharrell Willams dan CEO adidas Kasper Rorsted membuat permohonan maaf dan menukar nama koleksi ini kepada nama yang lain. Menurut Rajan, perayaan ini adalah sesuatu yang sensitif kepada penganut agama Hindu dan adidas seperti tidak menghormati perayaan ‘Holi’ ini.

Rajan Zed boleh dikatakan salah seorang yang berpengaruh. Sebelum ini, Amazon mengeluarkan produk stokin dengan imej Lord Ganesha dua hari selepas Rajan membuat komen produk berkenaan tidak sesuai untuk dijual kepada umum.

Tiada maklum balas daripada pihak adidas lagi buat masa ini. Sementara itu, online ballot untuk koleksi Holi ini sedang berlangsung di adidas Malaysia pada harga RM1,150 dan anda boleh cuba nasib di sini.

https://www.facebook.com/notes/adidas/adidas-originals-pharrell-williams-hu-holi-powder-dye-online-ballot/10156347436281812/