Dalam banyak rekaan pakaian Supreme yang dihasilkan setiap tahun, baju dan hoodie ‘Box Logo’ adalah yang paling dinantikan oleh peminat setia Supreme. Rekaan ikonik yang simple ini sentiasa sold out beberapa minit selepas ianya dilancarkan secara rasmi.

Supreme membuka cawangan pertamanya di Lafayette Street pada tahun 1994. Untuk ulang tahun ke-25 Supreme, mereka menyambutnya dengan ‘mewah’ apabila rekaan Box Logo ini akan dihiasi Swarovski Crystal yang semestinya meningkatkan lagi nilai eksklusif koleksi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak 1,201 butir kristal digunakan untuk hoodie dan 1,161 butir kristal digunakan untuk baju tshirt edisi khas ini. Lebih menarik, setiap satunya disusun dengan tangan di New York.

Swarovski crystal Box Logo T-Shirt dan Hoodie akan mula dijual hari ini di cawangan Supreme seluruh dunia dan 27 April di Jepun. Seperti biasa, anda yang anda di Jepun boleh cuba nasib untuk membelinya Sabtu ini.

P/S: Walaupun koleksi ini masih belum dijual secara rasmi, reseller sudah ‘mula kerja’ dengan mengiklankan koleksi ini (pre-order) di eBay dengan harga setinggi RM12,000 untuk hoodie. Disebabkan koleksi Box Logo edisi khas, pasti ada yang sanggup membayar harga ini. Anda?

supreme bling 2

Supreme Bling 3

Supreme Bling 4

Supreme Bling 5

Supreme Bling 6

Supreme Bling 7

Supreme Bling 8