Nampaknya khabar angin kolaborasi dua jenama terkenal ini benar! Supreme dan Louis Vuitton mempamerkan koleksi kerja sama mereka semalam ketika persembahan koleksi baharu Louis Vuitton for men. Dikhabarkan koleksi ini akan berada di pasaran bermula bulan Julai 2017 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang menjadi tumpuan semestinya rekaan beg jenama ini bersama Supreme. Tidak dilupakan aksesori seperti kasut, baju, tali pinggang, bandana dan topi bagi melengkapkan lagi koleksi ini. Nak tahu anggaran harga setiap barangan ini? Tengok pada gambar di bawah. Harga setiap barang memang menggila! Itu belum masuk harga untuk re-sell barangan ini lagi.

https://www.instagram.com/p/BPeByYkFPw2/

Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, pada tahun 2000, Supreme pernah mengeluarkan satu koleksi menggunakan monogram rasmi Louis Vuitton. Pada ketika itu, LV tidak gembira dengan koleksi berkenaan. Satu saman telah dikeluarkan yang menyebabkan jenama berkenaan perlu menarik kembali kesemua koleksi ‘LV’ berkenaan dalam masa dua minggu. Kini Supreme tidak perlu risau kerana mereka sudah ada kolaborasi yang legit.

Tahniah buat Kim Jones yang berjaya merealisasikan kolaborasi ini. Beliau tahu apa yang peminat fesyen mahukan. Jangkakan beg ini akan sold out apabila ianya dilancarkan nanti walaupun harga setiap barangan mencecah ribuan ringgit. Its Supreme X Louis Vuitton dan tanpa ragu-ragu koleksi ini akan terjual macam goreng pisang panas!

https://www.instagram.com/p/BPeEL7bAYO5/

https://www.instagram.com/p/BPeFSApj3SH/