Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Beberapa hari lalu, The Vocket telah dijemput oleh jenama sepatu popular iaitu Skechers ke acara Good Vibes. Acara yang berlangsung selama dua hari, iaitu 23 September dan 24 September lalu telah dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada artis tanah air dan luar negara.

Artikel Berkaitan:

Antara artis yang hadir adalah CL, Joe Flizzow, Sonaone, Surf Mesa, Dolla, Jackson Wang, Leaism, Shallou dan ramai lagi. Pengunjung pula membanjiri ruang konsert bermula jam 4 petang dan ada yang mula beratur untuk masuk sejak jam 1 petang lagi.

The Vocket – Redho Low
The Vocket – Redho Low

Sepanjang dua hari ini, Skechers turut membuka reruai di sana. Pelbagai acara menarik yang dihidangkan kepada pengunjung yang singgah ke ruang pameran Skechers. Ada pengunjung yang bermain permainan dan ada juga yang mencacah tatu sementara. Apa yang menarik adalah pengunjung sanggup beratur panjang di reruai Skechers kerana tawaran hadiah menarik.

Selain itu, Skechers turut mempamerkan koleksi terbaharu mereka iaitu Skechers x Pokemon. Ia adalah sepatu koleksi Foamies yang menampilkan watak berbeza setiap kartun Pokemon yang menjadi kegilaan anak muda. Antara watak Pokemon yang mencuri tumpuan adalah Pikachu, Charizard dan Eevee.

The Vocket – Redho Low
The Vocket – Redho Low

Reruai Skechers juga tidak lekang dengan kunjungan selebriti dan beberapa pengunjung yang datang dari kalangan pengaruh media sosial. Kebanyakan mereka ada yang duduk melepak di ruang yang disediakan dan ada juga yang tidak lepaskan peluang OOTD dengan koleksi terbaharu Skechers.

Good Vibes hidangkan kami dengan pengalaman yang penuh warna warni. Bayangkan anda dapat tengok artis antarabangsa sambil menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh Skechers. Ada rasa tak puas bila mana acara ini hanya berlangsung dua hari, mungkin di masa hadapan penganjur boleh buat tiga hari ini pelbagai acara berlangsung.

The Vocket – Redho Low
The Vocket – Redho Low