Dua ikon terkemuka British bertemu kembali untuk koleksi terbaru Fred Perry. Ini bukanlah koleksi pertama Sir Bradley Wiggins dengan Fred Perry. Kerjasama antara mereka berdua sudah bermula sejak tahun 2012 lagi. Gambar di atas diambil dari koleksi Bradley dengan Fred Perry pada tahun 2013.

Bradley merupakan orang Britain pertama yang memenangi Tour De France pada tahun 2012 dan juga pemenang 7 pingat di Olimpik. Koleksi kali ini diinspirasikan dari minat Bradley terhadap fesyen Mods tahun 1960an di Britain dan diberi touch tersendiri terutamanya pada baju polo di mana zip digunakan menggantikan butang pada bahagian kolar.

Anda boleh ke laman fredperry.com untuk melihat lebih lanjut koleksi ini dan mungkin ada di butik Fred Perry di KLCC. Harga sehelai polo untuk koleksi ini memang mahal tapi ini Fred Perry. Class and quality.

fred-perry-sir-bradley-wiggins-4

fred-perry-sir-bradley-wiggins-3

fred-perry-sir-bradley-wiggins-2

fred-perry-sir-bradley-wiggins-1

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤