Pemain bola sepak kacak dari England, David Beckham sekali lagi meneruskan hubungan baiknya dengan jenama H&M dengan video terbaru menampilkan koleksi terbaru H&M untuk tahun 2016.

Beckham menggayakan pakaian dari koleksi ‘Modern Essentials’ yang berkonsepkan pakaian harian yang boleh dipakai bila-bila masa sahaja. Koleksi ini dijangka keluar pada 18 Februari 2016 dan untuk koleksi ini, H&M banyak bermain dengan tona warna biru. Paling diberi perhatian dalam video promosi H&M ini adalah jaket Harrington yang dipakai oleh Beckham sepanjang video ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi jika anda ingin kelihatan kacak dan bergaya seperti Beckham, boleh terjah outlet H&M untuk mendapatkan koleksi ‘Modern Essentials’ Februari ini.

DB1