Tidak perlu diperkenalkan lagi nama dua legenda fesyen Jepun ini. Nampaknya pada 1 Februari depan, pengasas jenama G-Shock Kikuo Ibe dan A bathing Ape NIGO akan berkolaborasi untuk dua model ikonik G-Shock, DW-6935-4 dan DW-5635-9.

Warna yang dipilih juga sangat terang lagi bersuluh; warna kuning fluorecent dan fuchsia pink. Bahagian belakang jam ini juga akan tertera tulisan ’35th. Anniversary Model/ Thank you from NIGO & K.IBE’ sebagai tanda kolaborasi untuk ulang tahun G-Shock ke-35.

g shock x nigo x k.ibe 2

Apa yang menjadikan jam tangan ini sangat rare nanti adalah hanya 35 utas akan dihasilkan untuk setiap warna. Memang sangat-sangat limited. Untuk ianya adil dan semua peminat G-Shock mempunyai peluang yang sama untuk membeli jam ini, ianya akan dijual secara raffle dan anda boleh menyertai raffle ini pada 1 Februari depan.

Menariknya, harga untuk jam tangan ini juga sangat mampu milik, dijual pada harga USD135 (RM536+-) dan semestinya jam tangan ini akan mempunyai harga resell yang sangat tinggi. Kami berani jamin, dua model ini akan jadi sangat rare dan bernilai sama seperti jam tangan G-Shock Takashi Murakami.

Buat peminat tegar G-Shock, anda bolek klik di sini untuk baca lebih lanjut tentang cerita disebalik kolaborasi ini dan standby di link ini untuk mendaftar pada 1 Februari depan. Untung badan anda dapat jadi orang Malaysia pertama yang membeli koleksi ini. Selamat berjaya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group