Ini merupakan berita gembira buat anda yang meminati kumpulan rock Led Zeppelin kerana Led Zeppelin bakal hadir dengan koleksi kolaborasi dengan Vans bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan kumpulan tersebut. Koleksi edisi khas ini menampilkan dua model kasut Vans iaitu Sk8-Hi dan Era.

Untuk model Sk8-Hi, dapat dilihat rekaan kulit album pertama Led Zeppelin menghiasi bahagian sisi kasut. Bagi model New Era pula, keseluruhan kasut diliputi dengan rekaan simbol ikonik Led Zeppelin. Selain kasut, koleksi ini turut hadir dengan baju dan topi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi ini akan tersedia di pasaran pada 22 Februari ini di butik-butik terpilih Vans atau secara atas talian dan di laman web rasmi Led Zeppelin. Walau bagaimanapun, harga untuk setiap barangan dalam koleksi ini masih belum diumumkan.

2

4

5

3