Ini bukanlah kali pertama Vans dan Metallica bekerjasama untuk projek bersama. Untuk kolaborasi kali ketiga ini, koleksi ini akan hadir dengan dua pasang model; Sk8-Hi dan Slip-On.

Model Sk8-Hi akan diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi disamping logo Metallica menghiasi kasut ini. Model Slip-On pula turut mempunyai rekaan yang sama seperti model Sk8-Hi tetapi dengan logo Metallica di bahagian hadapan.

Vans x Metallica coming soon. #vans #vansMY #crossoverconceptstore

A post shared by CROSSOVER (@crossoverconceptstore) on

Koleksi ini dilengkapkan pula dengan baju dan topi. Ianya akan boleh ditempah di laman Vans dan laman rasmi Metallica bermula 16 Februari ini. Crossover Malaysia akan membawa masuk model ini dalam masa terdekat. Anda peminat setia Metallica, jangan lepaskan peluang untuk memiliki model edisi khas ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group