Toy Story adalah salah satu kartun kegemaran saya dan saya pasti ramai peminat kartun ini di luar sana. Sewaktu saya di bangku sekolah, saya percaya yang patung Power Rangers saya bergerak di waktu malam ketika saya tidur.

Itu cerita 10 tahun yang lalu. Tetapi baru-baru ini, kasut jenama Vans mengembalikan keriangan peminat setia kartun ini apabila mereka secara rasmi mengumumkan kolaborasi mereka bersama Toy Story. Yeah!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap kasut dalam koleksi ini mengambil inspirasi dari watak utama kartun ini; Buzz Lightyear dan Woody. Corak lain seperti alien comel bewarna hijau itu pun ada! Perincian paling saya suka untuk koleksi Vans X Toy Story ini adalah tulisan ‘Andy’ di bahagian tapak kasut. Sangat cool dan mengambil reference paling penting dari filem ini sendiri.

Kolaborasi ini bukan terhad kepada kasut dewasa sahaja. Vans juga akan mengeluarkan beg galas, topi dan beberapa lagi pilihan kasut termasuk kasut untuk kanak-kanak. Buat masa ini, rekaan ini sahaja yang ditunjuk kepada umum. Akan berada di pasaran 29 November ini di seluruh dunia atau secara online di sini. To infinity and beyond!

vans-toy-story-2

vans-toy-story-3

vans-toy-story-1

Sumber