Sejumlah lukisan bergaya Baroque rosak setelah dipulihkan secara amatur, walaupun pengumpul telah mencurahkan hampir RM6,000 untuk membaik pulih lukisan tersebut.

Seorang kolektor seni swasta di Sepanyol terkejut dengan hasil baik pulih lukisan Baroque, Bartolome Esteban Murillo yang dimiliki olehnya.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Dia yang berpangkalan di Valencia dilaporkan telah membayar sekitar $ 1,355, atau sekitar RM5,700, kepada penyedia perkhidmatan pemulihan lukisan, menurut laporan media antarabangsa.

Walaupun dua kali melakukan cubaan untuk membaik pulih hasil seni tersebut, lukisan Immaculate Conception tetap tidak dapat kembali kepada bentuk asalnya.

_102210929_36199768_1720154211352923_543099507932397568_n

Patung St George sebelum dan selepas di baik pulih.

Ini bukanlah kali pertama kejadian ini berlaku. Pada tahun 2012, seorang ahli agama berusaha untuk mengembalikan gambar Jesus yang berharga ke bentuk asal di gerejanya dekat Zaragoza. Tetapi hasil akhir telah menyebabkan lukisan itu dipanggil ‘Monkey Christ.’

Tahun lalu, patung St George abad ke-16 di sebuah gereja di Navarre juga menarik perhatian orang ramai setelah ia dipulihkan, beberapa orang membandingkan penampilan barunya dengan watak kartun.

Ketika ini tidak ada undang-undang di Sepanyol yang melarang orang daripada membaik pulih karya seni – walaupun mereka melakukannya tanpa kepakaran.

Dalam satu kenyataan, persatuan pemulihan Seni Sepanyol, Persatuan Pemulih dan Konservator Profesional (Acre) mengecam kurangnya undang-undang yang melindungi hasil seni dan menyebut kejadian ini sebagai tindakan “vandalisme”.

Terdahulu, seorang individu misteri telah memecah masuk muzium dan mencuri lukisan van Gogh yang bernilai RM26 juta, klik pautan di bawah untuk membaca.

Individu Misteri Pecah Masuk Muzium, Curi Lukisan van Gogh Bernilai RM26 Juta

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Jadikan Gawx Art Sebagai Inspirasi, Lukisan ‘Awesome’ Budak 11 Tahun Ini Buat Netizen Kagum

Anda Mungkin Suka