Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic antara watak yang menjadi perhatian umum sepanjang temasya Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Kolinda Grabar-Kitarovic lahir pada 29 April di Rijeka, Croatia, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Yugoslavia. Kolinda membesar di perkampungan kecil Lopaca di utara Rijeka. Ketika remaja, beliau berjaya menempatkan dirinya dalam program pertukaran kelajar ke Sekolah Tinggi Los Alamos, New Mexico pada usia 17 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari muda Kolinda memang mementingkan pelajaran. Kerana bagi beliau, pendidikan adalah medium paling penting untuk memajukan diri dan membantu masyarakat dan negara beliau. Beliau menamatkan pengajian di New Mexico pada 1986.

Kolinda kembali semula ke Yugolsavia dan melanjutkan pelajaran di Universiti Zagreb dalam bidang Kemanusian Dan Sains Sosial. Beliau menamatkan pengajian pada 1986 dan kemudian meneruskan pengajian untuk Ijazan Sarjana Muda Kesenian dalam bahasa Inggeris pada 1993.

Kolinda turut mengambil bidang Kesusasteraan Sepanyol. Pada 1995 beliau mengambi diploma dalam di Akademi Diplomatik di Vienna. Pada 2000 beliau menggenggam ijazah dalam bidang Sains Politik dari Universiti Zagreb.

Kolinda 1

2 tahun kemudian, Kolinda Grabar Kitarova melanjutkan lagi pengajian di George Washington University dan kemudian ke Havard. Pada tahun 2015, beliau menamatkan ijazah kedoktoran dari Zagreb Faculty of Political Science.

Beliau fasih berbahasa Croatia, Inggeris, Sepanyol, dan Portugis. Kolinda juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Jerman, Perancis dan Itali walapun tak fasih. Beliau pernah menggalas pelbagai tugasan sejak menyertai Parti Demokratik Croatia (HDZ) pada 1993. Jawatan pertama beliau adalah penasihat kepada Menteri Luar Croatia.

Beliau juga pernah menjadi bekerja di pejabat duta Croatia di Amerika Syarikat dan seterusnya menjadi Timbalan Setiausaha NATO. Grabar-Kitarović menjadi calon wanita tunggal dalam pilihanraya presiden Croatia 2014. Beliau menewaskan Ivo Josipović. Satu kemenangan yang dianggap mengejutkan dunia.

Kolinda 2

Ini menjadikan beliau wanita paling tinggi jawatan politik di Croatia mengatasi Jadranka Kosor yang pernah menjadi Perdana Menteri Croatia pada 2009-2011.

Pada 2017, Kolinda diletakkan sebagai wanita ke-39 paling berpengaruh di dunia oleh Forbes. Nama beliau mulai menjadi perhatian dunia selepas pergi ke Rusia dengan penerbangan kelas ekonomi bersama-sama pegawai dan penyokong Croatia yang lain.

kolinda 3

Pada perlawanan pertama beliau tiba di Rusia, Kolinda menyaksikan perlawanan Croatia menentang Denmark. Beliau tidak memenuhi jemputan VVIP. Sebaliknya bersama-sama dengan penyokong di tempat duduk penyokong biasa.

https://twitter.com/EnglishRussia1/status/1015150114573307905

Beliau turut mencuri perhatian dengan meraikan kemenangan Crotia menewaskan Rusia di suku akhir.

https://twitter.com/JogaBonito_USA/status/1015692118864613376

Sebelum perlawanan separuh akhir, beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada para pemain Croatia.

Selepas kejayaan menewaskan England, Kolinda meraikan kejayaan itu bersama-sama dengan jurulatih dan pemain di bilik persalinan.

Pada awalnya ramai yang menyangka Kolinda adalah model ataupun selebriti yang dijemput oleh FIFA.

Mana tidaknya, beliau dianggap Presiden wanita paling cantik ketika ini walaupun sudah berusia 50 tahun. Beliau dikurniakan 2 orang anak iaitu Luka Kitarovic dan Katarina Kitarovic.

kolinda 4

Walau pun Croatia tewas 4-2 di pusingan final kepada Perancis, Kolinda antara Presiden yang bertuah kerana dapat melihat negara yang berpopulasi hanya 4.17 juta itu mara ke final buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Beliau juga tetap menyokong pasukannya hingga ke saat akhir! Bertuah Croatia kerana mempunyai presiden yang supportive dan sporting seperti Kolinda.

Kolinda dan macron
Kolinda bersama presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika perlawanan akhir