Berapa yang anda sanggup bayar untuk senaskah komik vintage yang menampilkan penampilan pertama Superman? Komik original Action Comics No.1 terjual dalam satu acara lelongan di Dallas’s Heritage Auction, 4 Ogos 2016 lalu pada harga USD956,000 atau RM3.85 juta!

Harga ini sangat tinggi kerana komik ini semasa penerbitannya hanya berharga 10 sen pada tahun 1938. Superman sangat terkenal dan beliau mendapat komiknya yang tersendiri dengan branding Superman pada tahun 1939 dan ini menjadikan komik ini sangat dicari-cari oleh collector komik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

action komika

Kondisi komik ini perlulah dalam keadaan mint condition atau keadaan tidak terjejas oleh faktor usia untuk terjual pada harga yang tinggi. Tak banyak komik dari zaman 1938 yang masih dalam keadaan elok kerana kertas yang digunakan untuk mencetak komik ini sangat nipis dan payah untuk dijaga.

Action1P01

Komi ini dinilai keadaannya oleh sebuah syarikat, Certified Guaranty Company(CGG) yang akan menilai sesuatu komik terlebih dahulu sebelum ianya dilelong. Cuma lebih kurang 100 naskah komik ini yang masih survive dan dalam keadaan elok. Pada tahun 2014, komik Action Comics No.1 ini yang digred 9/10 terjual pada harga USD3.2 juta di eBay.

Walaupun pada gred rendah, ada yang sanggup membayar USD26,000 untuk komik ini pada gred 5.5. Itulah harga untuk anda membeli sejarah Superman. Tahun 1938 tidak mungkin ada di kalangan rakyat Tanah Melayu yang sempat untuk mendapatkan komik ini ketika itu. Anda sanggup laburkan wang yang banyak untuk sesuatu karya yang bersejarah?

Supermeng

Sumber