Anda yang lahir pada tahun 90-an dan awal tahun 2000 pasti kenal dengan komik Lawak Kampus yang cukup ikonik terbitan Gempak Starz ini.

Padat dengan gelagat lucu dan kenakalan pelbagai watak, komik yang telah berjaya membangkitkan kembali industri komik tempatan ini pasti tidak terlepas untuk dimiliki atau dibaca oleh segelintir rakyat Malaysia.

Sebelum ini, peminat hanya boleh mengikuti siri yang dihasilkan oleh kartunis Keith Chong menerusi komiknya sahaja. Tapi kini tidak lagi kerana difahamkan, siri tersebut dilaporkan bakal diadaptasi sebagai siri animasi televisyen.

Difahamkan, siri ikonik tersebut telahpun dibeli hak penerbitannya oleh studio produksi Lil Critter Workshop yang bertanggungjawab untuk menghidupkan watak-watak seperti Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong dan Cikgu Noodle dalam siri animasi yang bakal menemui peminat kelak.

Pihak produksi dilaporkan bakal memfokuskan siri animasi berkenaan untuk tontonan kanak-kanak dan keluarga di seluruh Asia Pasifik dan tema seperti persahabatan, dan juga penerimaan diri sendiri dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar turut juga akan diberatkan.

Khabar gembira ini disambut baik oleh peminat tegar siri komik tersebut. Rata-rata dari peminat telah meluahkan keterujaan mereka terhadap berita tersebut menerusi laman media sosial seperti Twitter.

https://twitter.com/abnrmalcrackhed/status/1354107400605683713?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1354107400605683713%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fodisi.my%2F2021%2F01%2F23704%2F

Walau bagaimanapun, masih belum ada kata putus mengenai platform tayangan yang mana yang bakal dipilih untuk menyiarkan siri animasi ini dan tarikh tayangan juga masih belum diberitahu.

Apa pun, berita gembira ini boleh diibaratkan sebagai sebuah sinar kepada industri komik tempatan. Diharapkan, ianya boleh membuka pintu untuk siri komik tempatan yang lain untuk diberikan peluang yang sama dan seterusnya menjadikan industri komik dan animasi tempatan setaraf dengan industri komik dan animasi Jepun.

Bercakap tentang industri komik dan animasi Jepun, katanya Nobita dan Shizuka akhirnya berkahwin dalam filem terbaharu Doraemon berjudul Stand By Me. Klik pautan di bawah untuk membaca!

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin, Tapi Tanpa Kehadiran Doraemon?

Pengumuman Filem Animasi Ejen Ali: The Movie 2 Buatkan Netizen Tidak Sabar Menantikannya

Selepas Crazy Rich Asians, Wanita Malaysia Ini Jadi Penulis Skrip Filem Animasi Terbaru Disney