Selain Pixel 2 yang diumumkan oleh pihak Google pada 4 October lalu, satu lagi produk yang sangat menarik diperkenalkan oleh pihak Google adalah Google Pixel Buds.

Bukan sahaja earphone ini dapat bersambung terus kepada Pixel 2, tetapi ianya turut bersambung dengan Google Assistang, Siri versi Google. Dengan bantuan Google Assistant, earphone ini mampu untuk menerjemahkan sehingga 40 bahasa asing secara terus dan pastinya akan memudahkan komunikasi. Anda boleh lihat demo bagaimana Google Pixel Buds ini membuat terjemahan secara terus di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam demo ini, Google Pixel Buds secara mudah dapat menerjemah bahasa Sweden kepada bahasa Inggeris. Namun masih belum pasti bagaimana Pixel Buds akan berfungsi secara baik di luar. Adakah ianya akan berfungsi dengan baik terhadap loghat bahasa yang berlainan di sesebuah tempat? Di Malaysia sahaja kita ada banyak loghat bahasa. Penat jugalah Google Pixel Buds untuk memahami loghat bahasa di setiap negeri.

Jika dipandang dari sudut positif, ini adalah satu perkembangan yang baik terutamanya pada anda yang selalu travel ke banyak negara. Tiada lagi faktor masalah komunikasi dengan adanya Pixel Buds ini.

Ianya akan dijual pada harga USD159 (lebih kurang RM670) dan mempunyai hayat bateri selama 5 jam jika dicas penuh. Kami sangat suka Google Pixel Buds ini dan pada harga ini, ianya satu investment yang baik.