Bangladesh tidak akan menerima dua kapal yang membawa ratusan pelarian Rohingya, kata Menteri Luar Bangladesh semalam ketika desakan dari beberapa negara luar untuk menyelamatkan kaum muslim Rohingya.

Situasi terbaru ini tercetus selepas seminggu laporan media antarabangsa yang melaporkan bahawa terdapat puluhan rakyat Rohingya yang mati kelaparan di atas kapal yang terdampar di tengah laut selama dua bulan selepas dihalang untuk mendarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan apabila sebilangan besar rakyat Rohingya mungkin akan terperangkap di atas kapal dan tidak berjaya sampai ke mana-mana negara luar.

Dua kapal itu berada di perairan antarabangsa setelah sindiket penyeludupan manusia gagal untuk membawa masuk pelarian ini ke Malaysia, menurut kumpulan bantuan dan pemimpin masyarakat Rohingya.

Bangladesh telah memerintahkan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan rondaan di Teluk Bengal bagi menghentikan kapal masuk ke negara terbabit, kata Menteri Luar Negeri A K Abdul Momen.

“Dua kapal yang membawa masyarakt Rohingya berusaha masuk ke perairan kami,” katanya, sambil menambah bahawa kapal itu mungkin berasal dari negara Myanmar setelah pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak, atau “dari tempat lain”.

“Tentera laut dan pengawal pantai kami berjaga-jaga dan mereka telah diarahkan untuk tidak membiarkan kapal-kapal ini memasuki Bangladesh,” kata Momen.

“Tidak ada lagi Rohingya yang akan diizinkan masuk,” tambahnya.

Kira-kira satu juta Rohingya berada di kem pelarian yang terletak di sempadan Bangladesh-Myanmar, mereka melarikan diri dari penganiayaan selama beberapa dekad di wilayah asal mereka di Rakhine.

Dilaporkan ribuan pelarian telah meninggal dunia di Laut Andaman pada tahun 2015 di atas kapal nelayan yang cuba sampai ke Malaysia dan Thailand. Minggu lalu, kira-kira 390 orang Rohingya dihalang daripada masuk oleh tentera laut Malaysia. Dilaporkan lebih 30 orang meninggal dunia akibat kelaparan.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi masyarakat Rohingya, klik pautan di bawah.

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini

Terapung Di Laut Dua Bulan, 32 Warga Rohingya Mati Kelaparan

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid

 

Sumber