Sudah menjadi stigma atau stereotaip golongan bangsawan atau yang mempunyai pangkat sentiasa tampil dengan penampilan yang serba mewah serta turut menggunakan barangan-barangan yang mahal.

Meskipun ada betulnya stereotaip yang dibincangkan, lain ceritanya baru-baru ini melibatkan Tengku Hassanal Shah yang merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang di mana gambar yang dikongsikan baru-baru ini di Instagram telah mendapat perhatian para netizen.

Baca Juga:

Kisahnya bermula apabila Tengku Hassanal Shah telah memuat naik gambar bersama bapanya yang merupakan Yang di-Pertuan Agong. Gambar yang dimuat naik ini turut memperlihatkan seekor gajah bertempat di Kuala Gandah, Pahang.

https://www.instagram.com/p/Cpwm7Mby4Dw/?hl=en

Dalam pada itu, menerusi gambar yang dikongsikan, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan telefon pintar yang digunakan Tengku Hassanal Shah yang merupakan sebuah perati keluaran jenama Nothing pada tahun lalu.

Mulai ditawarkan pada harga mampu milik iaitu serendah RM1,499 bagi model yang disertakan 8GB RAM dan 128GB, pemilihan telefon pintar Tengku Hassanal Shah ini telah mendapat perhatian ramai netizen melihatkan kepada status baginda yang tinggi.

Sumber: instagram this.7

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat Tengku Hassanal Shah sememangnya jauh daripada mampu untuk memakai telefon pintar daripada jenama yang lebih popular dan mahal.

Untuk pengetahuan, Nothing Phone (1) seperti yang digunakan Tengku Hassanal Shah tampil dengan pelbagai spesifikasi bermula harga RM1,499 sehingga RM2,299. Anda juga boleh mendapatkan telefon pintar yang Nothing Phone (1) dengan klik di sini.