Sebut mengenai Dr. Amalina, pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menjadi pelajar SPM Cemerlang pada tahun 2004 serta aktif berkongsi di media sosial mengenai kehidupan serta perubatan buat netizen di Malaysia antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.

Terbaharu, beliau menerusi laman Instagram turut berkongsi informasi yang memaklumkan United Kingdom (UK) mengharamkan khatan buat bayi perempuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan sahaja kerana melanggar undang-undang di UK, malah Muslim British Counsil di UK juga berpendapat turut tidak bersetuju dengan pemilihan untuk berkhatan bagi bayi perempuan.

Sumber: instagram dramalinabakri

Informasi yang dikongsikan tanpa melarang sebarang individu di Malaysia mengkhatankan bayi perempuan ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian netizen tempatan.

Tidak hanya berselisih pendapat atau sebaliknya, terdapat netizen yang memilih untuk memberikan komen-komen lucah dan jijik termasuk buat anak Dr. Amalina yang baru sahaja berusia 9 minggu. Berikut antara komen yang dilemparkan buat segelintir netizen khususnya para lelaki.

Lebih mengejutkan, terdapat netizen yang turut memesan Dr. Amalina agar anaknya tidak mencari suami warga Malaysia kerana risau terkejut atau tidak selesa sewaktu malam pertama. Selain itu, komen-komen berunsur hubungan intim dan malam pertama antara yang kerap disebutkan segelintir netizen.

Sehubungan dengan itu, Dr. Amalina meskipun berbelah bahagi untuk mengeluarkan kenyataan ini terpaksa memaklumkannya agar tidak menjadi budaya buat segelintir individu untuk memberikan komen lucah dan jijik setiap sesebuah informasi dikongsikan.

Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bagi kaum wanita adalah wajib di mana bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris). Orang ramai berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai pendapat dan hukum yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan dengan klik di sini.