Perjalanan seorang diri ketika waktu lewat malam atau awal pagi sememangnya memberikan satu pengalaman yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan perjalanan pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi jika lebuh raya tersebut tidak mempunyai lampu di tepi jalan.

Jika semasa perjalanan ternampak kenderaan bergerak perlahan di hadapan, semestinya kita akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan tersebut dan meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi secepat yang mungkin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi berbeza pula dengan lelaki ini apabila dia berkongsi lampu daripada lori yang dipandunya dengan seorang pak cik yang sedang menunggang motosikal seorang diri dalam gelap malam.

Menurut lelaki ini, dia berasa kasihan apabila melihat lampu belakang motosikal pak cik itu tidak menyala, manakala lampu hadapan pula cuma menyala malap-malap di dalam kegelapan malam.

Jadi dia mengambil keputusan untuk bergerak perlahan mengekori belakang motosikal tersebut untuk membantu menerangi sepanjang perjalanan pak cik itu menuju ke Plaza Tol Lima Kedai yang terletak di Johor Bahru.

Okay, dah sampai tempat terang. Hati-hati pak cik. Semoga selamat sampai tempat yang dituju,” kata lelaki ini pada hujung video yang dikongsikannya.

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa
Sumber Gambar: Facebook NC Nasa
Sumber Gambar: Facebook NC Nasa
Sumber Gambar: Facebook NC Nasa
Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Hantaran video tersebut telah meraih pujian daripada orang ramai. Menurut mereka walaupun nampak kecil pertolongan lelaki ini, namun ia sangat membantu pak cik tersebut bergerak menuju ke destinasi dengan selamat.

Bagi membalas budiĀ  lelaki ini, ada netizen mengajak orang ramai untuk supportĀ lukisan-lukisan yang dibuat pemandu lori ini kerana dia juga seorang yang berbakat dalam seni lukisan.

Siapa sangka ‘pertolongan kecil’ lelaki ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada pengguna media sosial lain. Semoga perkongsian ini dapat memupuk kita untuk membantu di antara satu sama lain walaupun pertolongan itu nampak kecil sahaja.

Abang Grabfood dilihat menjadi orang terawal untuk bantu pemandu yang pitam telah dicari oleh pihak Grab sendiri untuk berikan cenderahati. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Grab Cari ‘Abang Rider Kajang’, Hero Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Sumber