Tidak semua orang bernasib baik dilahirkan di dalam keluarga yang hidup senang. Disebabkan itu mereka berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib diri dan keluarga tercinta. Seorang lelaki bernama Nimelesh yang kini bergelar doktor turut berkongsi kisah hidupnya yang bermula daripada sebuah keluarga susah.

Doktor Nimelesh (@HausofHilton), memuat naik satu bebenang di akaunnya sendiri menceritakan pengalaman beliau ketika dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. 

AMIRUDIN SHARI
HYPE
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
Baca lagi →

Perkongsiannya itu telah menerima lebih 11,100 retweets dan sekali gus menjadi inspirasi untuk orang ramai.

Di saat kanak-kanak lain dibesarkan dengan kasih sayang seorang bapa, Doktor Nimelesh terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ayahnya ketika beliau berumur 11 tahun. Namun begitu, ibunya gigih bekerja untuk menyara keluarga. Itu membuat Doktor Nimelesh terus berusaha untuk menuntut ilmu walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Beliau menulis bahawa pada ketika itu, baju dan kasut sekolah digunakan balik setiap tahun atau dipinjam daripada orang lain. Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke sekolah kerana keluarga tidak mempunyai kereta.

Menurutnya, waktu itu ramai yang menjauhkan diri termasuk saudara mara sendiri. Namun apabila keluarganya sudah senang, mereka yang ‘hilang’ dahulunya kini muncul kembali.

Setiap kali cuti sekolah, Doktor Nimelesh akan pergi ke rumah sepupu untuk belajar. Sedangkan rakan-rakannya yang lain seronok bercuti bersama keluarga masing-masing ke luar negara.

Seakan sedar bahawa dia perlu keluar dari kemiskinan hidup, dia nekad untuk mengubah nasib keluarganya melalui pendidikan. Berkat usaha dan kesungguhan beliau dalam menimba ilmu, dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang sekali gus melayakkan dirinya untuk menerima biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) sebelum melanjutkan pelajaran ke Rusia dalam bidang perubatan.

Orang pernah mengutuk beliau kerana terlalu manja dengan ibunya, tetapi beliau tidak ambil peduli apa yang diperkatakan oleh mereka.

Pengalaman hidupnya yang lalu telah menukar persepsi beliau terhadap kehidupan. Beliau belajar bahawa dengan membantu orang lain, Tuhan pasti akan melindungi dan membalas balik dalam bentuk yang lain. Kini beliau sedang menyambung pelajaran untuk menjadi Doktor Pakar Perubatan Keluarga.

Diharapkan kisah lelaki ini mampu menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha mengejar impian masing-masing.

Terdahulu, remaja cacat penglihatan diangkat menjadi bilal Masjid Negeri Selangor. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Remaja Cacat Penglihatan Diangkat Menjadi Bilal Masjid Negeri Selangor

Wanita Ini Berjaya Tawan 10 Gunung Meskipun Mengalami Masalah Gayat

Mengapa Anda Perlu Bertoleransi Dengan Pekerja McDonald’s Berlencana Khas Ini

Anda Mungkin Suka