Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak penularan wabak COVID-19, ramai yang sudah berasa bosan tinggal di rumah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini, orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti dalam Malaysia dan juga ‘staycation’ untuk melepaskan gian setelah 2 tahun tidak dapat melancong.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Adnan Aziz telah berkongsi pengalamannya menginap di Hard Rock Hotel Penang dalam group Hotel Review Malaysia.

Menerusi perkongsian itu, beliau tinggal selama 46 malam di Hard Rock Hotel Penang dan anggaran jumlah penginapan tersebut adalah sebanyak RM250 ribu. Menurutnya, krew dan pekerja yang ramah menjadi antara alasan dia sekeluarga tinggal lebih lama di sana.

Bukan itu sahaja, layanan yang diberikan cukup memuaskan dan penginapan di Hard Rock Hotel Penang ini sangat selesa. Tambahnya, ketika mahu check-out, dirinya bersama keluarga berasa sedih untuk berangkat pulang dan mengatakan akan kembali menginap kelak.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata terkejut kerana beliau tinggal di sana selama 46 malam. Malah, ada juga netizen bergurau untuk beli sahaja terus hotel tersebut.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke Hard Rock Hotel Penang dan ada juga netizen yang mengatakan sudah berasa gembira membaca ‘review’ tersebut walaupun tidak pernah ke sana.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok

Dijual RM4.50 Sebotol, Kenapa Air Mineral Jenama Evian Mahal?

Anda Mungkin Suka