Sebelum ini tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak, Alia didera oleh seorang wanita dipercayai ibu angkat kepada kanak-kanak tersebut. Hal terbabit telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, video tersebut telah dirakam oleh 5 pekerja di rumah terbabit dan mereka mengambil keputusan untuk merakam tindakan wanita itu memukul Alia selepas tidak tahan melihat Alia sengsara.
#justiceforalia i'm crying. kids abuser memang tak guna ya! adopt or not you can't do this!!! pic.twitter.com/RrqxilQoFy
— ARA⁷ in the box (@rmkivejoon) July 22, 2022
Menurut Aqiel iaitu saksi dan perakam, dia bersama 4 orang rakannya yang lain berasa kasihan melihat Alia dipukul setiap kali waktu makan hanya disebabkan makan lambat, tidak mahu makan ataupun sudah rasa kenyang.
Oleh itu, Aqiel bersama 4 orang rakannya itu merakam secara senyap-senyap ketika wanita tersebut melakukan perbuatan kejam itu untuk dijadikan bukti ketika membuat laporan polis.
@theaqil7
Selepas berjaya merakam aksi majikannya memukul Alia, maka mereka pun membuat laporan polis dengan bantuan individu yang mereka kenal untuk keluar daripada rumah tersebut.
Berkat keberanian mereka, pelaku dan suaminya telah ditahan pihak polis. Lantaran itu, rata-rata netizen memuji keberanian mereka dan berharap keadilan akan ada untuk Alia.
Alia’s abang and kakak are still in the beginning of their youth, almost still children. If it seems “questionable” to my fellow adults on the methods to save Alia, just shut up. At the end of the day, these youth DID SOMETHING. Would you have done anything? #JusticeforAlia https://t.co/ODrabz2dNY
— Liyana Yasmin Sinaga (@LYSinaga) July 23, 2022
I thank aqil for saving abused child 😭 I'm sad to see the video. It's too cruel and inhumane. Sapa doh ajar adopt budak then dera. https://t.co/sI6weOoRSX
— Junki (@do_kkir) July 23, 2022
actually bagus tau diaorg record semua ni as proofs, cuba imagine kalau they saw what happened pastu report polis camtu je , ppl won't believe weh sebab aqil and his friends ni ibarat "kids" adults won't believe their words trust me. so kudos to aqil and friends!! https://t.co/WSWZsEpqY2
— a (@yd1orr) July 22, 2022
Para netizen juga memuji mereka kerana berani dan berterima kasih kerana menyelamatkan Alia. Malah, rata-rata netizen juga berharap keselamatan mereka akan terjamin kerana bimbang akan terjadi sesuatu kepada mereka.
Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Tergamak Pukul Tangan Dan Mulut Sehingga Lebam, Keadaan Lemah Kanak-Kanak Ini Buat Netizen Berang
Serlahkan ‘Bakat’ Terpendam, Netizen Terhibur Lihat YB Faizal Azumu Berlakon Dalam Sebuah Drama