17 Februari 2017, sehari selepas saya menduduki Viva Voce untuk Sarjana Sains Veterinar (MVSc), UPM, saya telah pergi ke India. Lima orang rakan saya yang lain menunggu di New Delhi International Airport kerana mereka dari Kashmir. Kisah saya agak dramatik, 3 minggu sebelum pergi, saya dapat email mengenai tarikh viva voce, tetapi tiket flight, visa dan semua kelengkapan sudah buat.

“Alamak, clash dengan tarikh ke Kashmir!” Maka pilih harus pilih antara 2. Memang kena pilih viva la. Alhamdulillah, nasib baik lulus. Kalau tak lulus, bercuti sambil menangis haha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang ramai tanya, kenapa ke India?
Kenapa nak sangat pergi ke India?
Apa yang istimewanya dengan India?
Kan negara India kotor. Banyak penipuan ‘scam’ dan sebagainya
Ke nak jumpa Shah Rukh Khan and Kajol?

India best. Ia dapat membuka minda anda dan melihat sesuatu daripada suatu sudut pandang yang berbeza dan juga dan akan menjadikan anda semakin matang. Berikut antara sebab kenapa anda harus melawat India.

PERTAMA

India merupakan negara ke 2 populasi penduduk terpadat di dunia dengan kepadatan penduduk 452 per km2. Jurang ekonomi antara rakyat mereka juga ketara. Maknanya, yang kaya sangat kaya, yang miskin sangat papa kedana. Jika anda sampai ke India, anda akan nampak ramai sangat golongan gelandangan. Udara nya juga berbau luar biasa.

Percayalah, apa yang kamu cerita Hindustan di televisyen tidak sama dengan realiti di bumi Hindi itu sendiri. Sekurang kurangnya apabila kamu berada di India kamu akan berasa bersyukur dilahirkan di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Malaysia masih ‘not bad’ lagi meskipun ada ruang lagi boleh diperbaiki. Walaubagaimanapun, apabila anda pulang ke Malaysia. Anda akan merindui suasana di India. Ia akan menyimpan seribu satu kenangan. Percayalah.

Awasi langkah anda. Selain anda menjumpai sampah sarap merata-rata, aktiviti membuang sisa kumbahan diri sendiri juga banyak. Silap langkah terpijak “periuk api”. Salah seorang member kami dah terpijak. Nasib baik bukan saya hehe.

KEDUA

Sosial kehidupan mereka. Bandar New Delhi dan Agra sangat bising dengan bunyi hon kenderaan, kesesakan lalu lintas, lembu di tepi-tepi jalan dan aliran ‘Trafic’ yang tidak seragam. Boleh melintang arus sahaja. Tetapi, apa yang menakjubkan setakat kami 3 hari kami berada di sana tidak nampak kes kemalangan jalan raya. Macam semua pandai jaga diri masing-masing.

KETIGA

Sebab ada Taj Mahal. Taj Mahal merupakan salah satu 7 benda ajaib di dunia (seven wonders of the world) yang di bina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai lambang cinta kepada isterinya, Mumtaz. Senibinanya seakan-akan masjid, tetapi ia bukan masjid tau. Tidak boleh solat dalam itu. Taj Mahal merupakan makam Mumtaz.

Kenapa ajaibnya Taj Mahal?

Ia istimewa kerana dibina pada tahun 1632 atas nama cinta. Istimewanya juga kerana arkitek mereka sudah boleh membina senibina hebat pada zaman yang boleh kita kategorikan sebagai zaman dahulu kala atau dalam bahasa Inggerisnya “ancient time”. Mitos mengatakan ketua arkitek senibina itu iaitu Ustaz Ahmad dan para pekerjanya telah dipotong tangan oleh Maharaja Shah Jahan agar tidak lagi senibina sehebat Taj Mahal .

Fakta sebenar adalah, Maharaja Shah Jahan membayar sejumlah wang yang besar kepada Ustaz Ahmad dan para pekerjanya agar tidak membina lagi senibina sehebat Taj Mahal. Maka Ustaz Ahmad dan para pekerjanya tidak menggunakan “tangan” mereka untuk membina lagi senibina yang hebat. “Di potong tangan” itu adalah kiasan sahaja sebenarnya.

Taj Mahal. Ketika kami pergi, ada tiang yang senang dibaik pulih.
Bergambar bersama dihadapan Taj Mahal.
Masjid bersebelahan Taj Mahal

KEEMPAT

Hotel murah. Pengangkutan seperti auto dan kereta sewa pun murah dan banyak pilihan. Kalau pemandu jual mahal, kamu pun boleh jual mahal sebab banyak pilihan.

Banyak pilihan. Jadi tak perlu kalut. Boleh main harga. Kami pernah dapat 100 rupee untuk 1 auto. Boleh naik 3 orang 1 auto. Jarak perjalanan dalam 10km. Jadi seorang lebih kurang RM2 sahaja.

KELIMA

Makanan di sana sedap. Boleh masuk tekak atauselera kita, tetapi kami hari hari makan biryani saja la, cuma ulang jenis lauk ja. Kadang kendang biryani kambing kadang-kadang beriyani ayam. Antara makanan yang korang boleh cuba adalah sambar dan Idli, ayam tandoori, palak paneer dan roti nan. Semua itu pun okay.

Kami cadangkan singgahlah Restoran Karim. Sudah berusia 100 tahun. Restoran itu terkenal dengan kelazatan biryaninya. Kami dah cuba. Memang sedap. Bersih pula tu. Lokasi dekat Masjid Jamak, Jalan Chadni Chowk, Old Delhi.

Masjid Jamak , Jalan Chadni Chowk, Old Delhi (Gambar dari luar).
Masjid jamak.
Di hadapan Restoran Karim/ Karim’s Restaurant

KEENAM

Faktor sejarah. India merupakan salah satu tamadun terawal di dunia.

India Gate. Monumen Memorial Perang 82,000 ribu askar India yang terkorban ketika era perang dunia pertama.

KETUJUH

Senibina yang unik dan hebat. Selain Taj Mahal, ada lagi senibina yang menakjubkan dan di isytiharkan sebagai salah satu “UNESCO World Heritage site”.

KETUJUH

Senibina yang unik dan hebat. Selain Taj Mahal, ada lagi senibina yang menakjubkan dan di isytiharkan sebagai salah satu “UNESCO World Heritage site”.

KELAPAN

‘Shopping’. Lelaki pun suka beli belah juga kalau barang murah-murah untuk keluarga, girlfriend dan kawan-kawan. Saya dapat beli kurta cantik siap dengan seluar dengan harga 600 rupee bersamaan lebih kurang RM40.

Penjual buka harga mula-mula 2000 rupee. Sahabat saya dapat beli kurti dengan harga 1000 rupee bersamaa lebih kurang RM66. Saree dalam 1500 rupee bersamaan RM100. Kalau pandai tawar dan beli sekali banyak memang ‘advantage’ la.

Stesen Metro. Kira macam LRT di Malaysia la.

Beli tiket keretapi dari New Delhi ke Agra and vice versa agak mencabar. Sistem selalu down, seat overlap, tiket selalu habis. Jadi kalau dah sampai sana, jangan beli last minutes. Kena awal-awal. Kalau tak dapat train kereta sewa pun ada tapi mahal la.

Ini merupakan kali ke dua saya travel backpacks dengan kawan-kawan. Dulu kalau travel dengan family mana boleh backpacks. Guna travel agent, sedia duit dan badan je haha. Semput mak ayah kalau nak tengok peta, try and error, rushing-rushing banyak tempat ni kalau ikut style backpacks.

Mula-mula saya ada stigma negatif mengenai backpacks tetapi sebenarnya backpacks ni seronok, bebas, murah dan enjoy gila kalau dapat travel dengan member yang sekepala. Kalau dapat yang “annoying” habislah korang. So jangan main tangkap muat je. Letih la kalau konflik-konflik ni. Maka saya sangat memilih rakan travel saya.

Saja saya nak share tips memilih member untuk travel yang menyebabkan sekarang saya nak berbackpackers sahaja haha. Kalau sorang-sorang tak best (bagi saya la), sebab kita perlu member juga untuk bersembang. Kalau pergi ramai-ramai, beban juga dapat ditanggung bersama. Macam ala-ala share holder company gitu.

Tips pilih sahabat untuk bercuti dari citarasa saya yang akan membuatkan anda rasa nak pergi bercuti berulang ulang:

1. Bertoleransi

Kalau dapat member yang bertoleransi memang best. Jenis bertolak ansur. Apa yang majoriti rancang, dia ikut je. Tak besar dan keras kepala. Kira mudah di bawa majlis. Sebab apabila kita berjalan ke negara orang ini, kadang kala ada benda yang diluar jangkaan. Contohnya, tiket habis ke, nak lebih jimat naik kereta sewa berhimpit-himpit sedikit ke. Maka toleransi sangat penting. Jangan cepat emo.

2. Tak berkira

Pastikan pilih rakan anda yang jenis tak berkira terutama bab duit. Bab duit ni sangat bahaya. Adik-beradik yang seibu sebapa pun boleh bergaduh bab-bab duit ni. Inikan member. Lebih mudah kalau anda lantik seorang bendahari dalam kalangan ahli group anda.

So bayar sekali lump-sum. Tak payah nak tiap kali makan, kutip sorang-sorang. Kena put trust to each other. Kalau terlebih bayar sekupang dua kupang tu halal je la. Member yang tak berkira kalau minta tolong ambilkan gambar kita banyak kali haha. Kalau bab-bab ambil gambar pun malas dan berkira susahlah. Lagipun mungkin ini kali pertama dan terakhir kamu sampai di sini. So ambil je gambar sepuas puasnya.

3. Kamera dan video man

Best kalau bawa member yang suka ambil gambar dan video. Kita kena simpan moment yang best. Tak kan nak selfie tiap masa kan. Videonya kemudian diupload di youtube mungkin kamu boleh lihat next 10-50 tahun akan datang kalau panjang umur. Mana tau member yang kamu berjalan dan selalu dok bahan itu one day jadi Perdana Menteri Malaysia ke? At least kamu rupanya pernah ada moment bersama PM once upon a time. Bila kita tua, kita tengok balik video/ gambar, rupanya-rupanya kita pernah melompat, berlari dan bergambar suatu ketika dulu. Boleh juga dicerita kepada anak cucu.

4. Pelawak dan peramah

Seronok kalau ada penghibur dalam group. Hidup tak best kalau serious 24 jam. Maka, tiap kali makan, atau ketika jalan takdelah krik krik krik. Ada sahaja topik untuk disembangkan. Mungkin boleh buat networking or plan jadi business partner. Lepas habis travel susah dah nak berbual bual sebab semua akan kembali sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing.

5. Jenis hormat orang

Pastikan pilih member travel korang yang jenis hormat orang. Masing-masing ada sensitiviti diri masing-masing terutama kalau dah berkawan lama. Mestilah tahu juga part mana member okay, part mana member agak sensitif.

Contohnya, kalau korang berjalan dengan member yang semua single tetapi kau dah berumah tangga dan ada anak. Lepas tu setiap masa berjalan cerita rindu isteri la, anak la. Kalau sesekali okay.

Ni tiap masa, 24 jam. Kalau macam tu jangan la nak sangat ikut bercuti dengan member. Pergi je bercuti dengan family. Hormati member anda. Bukan mereka tidak mahu berkahwin tetapi mungkin jodoh belum sampai lagi atau mungkin sebab lain. Lama-lama annoying jugak kalau dok rindu rinduan 24 jam. Member-member pun rindu mak ayah atau awek ke tapi takdelah mention.

Mereka mungkin simpan rindu rinduan sebab hormat member. Mana tau salah seorang member anda anak yatim .Tak kan nak cerita pasal rindu mak ayah kita depan dia. Dia lagilah, tidak akan jumpa mak ayah dia lagi di dunia selama lamanya. Yang masih ada mak ayah sekurang-kurangnya balik bercuti boleh berjumpa. Dah kalau tak pandai hormat orang tu buat apa ikut member pergi bercuti. Orang macam ni lepas ni tak boleh di bawa ke majlis.

6. Kerjasama

Apa yang penting? Kerjasama.(Eh macam lagu pula). Cari member yang tak pentingkan diri dan tak malas bergerak. Ni kalau setiap kali nak keluar kena ketuk pintu hotel susahlah. Kalau pergi melancong nak tidur dan golek-golek kat hotel tak payah la pergi berjalan. Kat Malaysia pun banyak hotel. Boleh tidur puas-puas juga.

Mungkin ada tips yang boleh tarbiah sentap sedikit dekat member yang kuat nafsu tidur dengan berkata “ Nanti dekat kubur, boleh tidur sepuas puasnya dan selama lamanya ya”. Ini contoh.

7. Suka buat peta perjalanan

Kalau ada member yang macam ni memang best juga. Dah serupa pergi dengan tourist guide. Bukan kita paksa tapi dia memang minat buat peta atau itinerary. This is advantage.

Ini saya sertakan video disepanjang kami di New Delhi dan Agra untuk tontonan umum.