Ifa Raziah, seorang penyanyi dangdut sering menjadi bahan kritikan netizen apabila sering terlibat dalam kontroversi.

Terbaharu, Ifa Raziah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya semalam yang memaparkan aksi dia menari bersama dengan Datuk Seri Aliff Syukri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video itu, Ifa dan Aliff dilihat menari sakan sambil menggoyangkan pinggul mereka seperti sedang melakukan senaman.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berpendapat ia kurang sesuai serta tidak sopan untuk ditonton umum.

Malah, para netizen turut mengecam mereka dan mengatakan bahawa seharusnya mereka sebagai seorang selebriti dan orang yang sudah berumur untuk menunjukkan contoh yang baik kepada umum, bukan sebaliknya.