Kami yakin ramai daripada anda pernah mendengar Apple iMac. Malah penjualan iMac masih diteruskan sehingga kini. Namun tahukah anda Apple suatu ketika dahulu pernah memperkenalkan Apple eMac?

apple-emac-m8951ll-a-g4-1-ghz-512-mb-ram-80-gb-hard-drive-a1002-acc

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin agak janggal untuk mengetahui Apple pernah menghasilkan produk dengan nama eMac dan bukannya ‘i’Mac. ‘e’ yang dimaksudkan Apple adalah ‘education’ dimana komputer yang dihasilkan Apple ini dikhaskan untuk pembelajaran.

Mungkin kerana kelihatan cool dan minimalis pada waktu itu disertakan pula dengan sistem operasi yang canggih, banyak sektor pendidikan mula mendapatkan Apple eMac untuk dikhaskan buat kerja-kerja grafik dan multimedia.

Curved baru-baru ini telah mereka cipta konsep eMac yang terbaru daripada Apple dimana memperlihatkan Apple eMac ini hadir dengan 4 warna yang tidak asing bagi Apple pada tahun ini iaitu space grey, silver, rose gold dan gold.

Screen Shot 2016-04-23 at 4.02.24 PM

Walaubagaimanapun, kami kurang yakin dengan hasrat Apple untuk menjenamakan semula Apple eMac ini memandangkan konsep dimana penggunaan makmal komputer beserta kelengkapan komputer seperti ini tidak lagi sepopular dahulu.

Adakah anda suka dengan konsep rekaan daripada Curved ini? Kongsikan dengan kami pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Sumber