Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semakin lama semakin power rekaan kereta Formula One. Terbaru, McLaren telah memperkenalkan konsep baru kereta F1 mereka iaitu MP4-X dengan reka bentuk seakan-akan jet pejuang.

Selain rekabentuknya yang serius cool, MP4-X memfokuskan kepada ciri-ciri keselematan seperti sensor yang memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan juga kokpit yang tertutup.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

McLaren mengatakan teknologi yang diguna pakai pada MP4-X adalah teknologi sebenar walaupun kereta tersebut masih pada peringkat konsep. Namun, ada antara ciri-ciri teknologi pada kereta teesebut lebih kepada fiksyen sains.

6mclaren_mpx-4_concept.0

McLaren mencadangkan pada masa hadapan, pemandu boleh menggunakan signal otak dan isyarat tangan untuk memandu kereta. Menurut mereka, secara teori perkara ini boleh direalisasikan, namun teknologi ini masih diperingkat awal.

Ciri lain yang ada pada MP4-X tapi tidak dibenarkan di bawah undang-undang F1 ialah kebolehupayaan kereta tersebut mencipta kuasa aerodinamik melalui plasma flow control yang boleh diguna sebagai downforce tambahan ketika mengambil selekoh.

Akhir sekali sudah tentu ciri kanopi MP4-X yang menjadi perhatian utama. Ini kerana, penggunaan kanopi pada reka bentuk F1 sedang dipertimbangkan oleh bos F1 untuk mengelakkan kecederaan kepala. Kanopi kokpit MP4-X diperbuat daripada bahan photochromic, hydrophobic dan high-impact yang dapat menangkis air, dan menyesuaikan pemandangan pemandu mengikut keadaan cahaya.

13mclaren_mpx-4_concept.0

14mclaren_mpx-4_concept.0

16mclaren_mpx-4_concept.0

1mclaren_mpx-4_concept.0

17mclaren_mpx-4_concept.0

8mclaren_mpx-4_concept.0

9mclaren_mpx-4_concept.0

3mclaren_mpx-4_concept.0

15mclaren_mpx-4_concept.0

11mclaren_mpx-4_concept.0

12mclaren_mpx-4_concept.0

4mclaren_mpx-4_concept.0

2mclaren_mpx-4_concept.0

5mclaren_mpx-4_concept.0

7mclaren_mpx-4_concept.0

10mclaren_mpx-4_concept.0

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram