Umum mengetahui bahawa tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 sempena ulang tahun ke-30 di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 September depan habis dijual dalam tempoh sejam semalam.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat, dalam satu pengumuman di Instagram, Konsert 30 Years of Dewa 19 bakal ditambah satu malam lagi iaitu pada 9 September.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Difahamkan, tarikh untuk konsert tambahan adalah sehari sebelum tarikh konsert asal dan pastinya pengumuman ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang ‘berperang’ mendapatkan tiket.

Pengumuman tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata peminat yang telah membeli tiket konsert semalam berasa kecewa kerana tarikh konsert mereka akan jadi malam kedua.

Bukan itu sahaja, para peminat tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan meminta untuk menganjurkan konsert malam kedua pada hari selepas 10 September.

Malah, rata-rata peminat yang hampa berharap ‘energy’ pertunjukan daripada Dewa 19 tidak akan berkurangan untuk kedua-dua konsert dan memberikan yang terbaik untuk peminat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Wujud Unsur Gharar, Trend Terbaru Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Hukumnya Haram

‘Rumah Berselerak Dan Beg Duit Ditemui’ – Bekas Pembaca Berita TV3 Dilapor Hilang Sejak November Lalu