Ini berita baik buat anda peminat HyoLyn untuk berhibur di konsert jelajahnya, TRUE yang akan dianjurkan pada 28 Jun 2019 jam 8.30 malam di Dewan Wawasan, Menara Program Kuala Lumpur.

Siapa yang tidak mengenali HyoLyn, seorang penyanyi dari Korea yang cukup berbakat dan juga tampil dengan soundtrack rasmi beberapa drama hits di Korea. Ini merupakan konsert jelajah pertama beliau dan konsert beliau bermula di Korea, diikuti dengan negara Eropah dan juga negara Asia.

Print

Untuk pengetahuan anda, harga tiket konsert ini bermula dari RM230, RM330, RM430 dan RM530 dan ia telah boleh dibeli secara atas talian. Menariknya, anda boleh dapatkan tawaran istimewa sebanyak 40% jika membeli tiket di sini untuk CAT B dan CAT C sahaja.

Pasti anda berasa teruja dengan berita ini dan tidak sabar untuk berhibur di konsert beliau. Adakah anda sudah bersedia untuk menyanyi dan menari bersama HyoLyn secara live? Dikhabarkan beliau akan menyanyikan sebanyak 16 buah lagu hits beliau. Pastikan anda sudah menghafal lagu-lagu hits HyoLyn seperti Goodbye, The Little Prince dan banyak lagi.