Berita baik buat peminat setia MUSE! Berikutan sambutan yang menggalakkan, MUSE ‘Will of The People’ World Tour Live In Kuala Lumpur akan berpindah ke lokasi yang lebih besar!
Artikel Berkaitan:
- The Vocket Rasmi Jadi Rakan Media Digital Konsert Jelajah Dunia ‘MUSE: Will Of The People’
- MUSE Tampil Secara Langsung Di Malaysia Julai Ini, Tiket Mula Dijual Pada 3 Mac Nanti
MUSE ‘Will Of The People’ World Tour akan berpindah ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan Kuala Lumpur kekal SATU-SATUNYA PERTUNJUKAN MEREKA DI ASIA!
MUSE ‘Will of The People’ World Tour Live In Kuala Lumpur
Tarikh: 29 Julai 2023
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Adakah tiket anda yang terdahulu masih sah untuk lokasi baru?
Bagi pemegang tiket sedia ada, anda akan menerima tiket yang dikemas kini melalui e-mel. Anda boleh menggunakan tiket baharu tersebut untuk masuk ke acara di lokasi baru.
Bagaimana susunan tempat duduk akan dipengaruhi oleh perubahan lokasi?
Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C kekal sama. Susunan tempat duduk terdahulu untuk Zon D akan diselaraskan menjadi Zon D RM950 (tanpa bayaran tambahan) di lokasi baharu.
Tiket yang dikemas kini akan dihantar kepada anda oleh syarikat tiket: ticket2u.com.my dan golive-asia.com tiket.com.
Tiket akan dijual bermula esok dari jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my. Jom!