Konsert Malam Bulan Bintang yang diadakan beberapa hari lalu bukan sahaja melonjakkan nama jenama busana melayu ini, malah menaikkan imej mereka dalam penganjuran konsert yang berkonsepkan Islamik Kontemporari.

Walaupun konsert tersebut diadakan pada hari yang sama dengan konsert BlackPink – artis terkemuka dunia. Namun ia tidak memberi kesan kepada Konsert Malam Bulan Bintang apabila ia dihadiri oleh beribu peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsert yang bermula pada pukul 8 malam telah dibarisi oleh artis terkemuka tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir termasuk dua artis Indonesia, Sabyan dan Opick.

Di Twitter, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata bahawa konsert ini berjaya menarik orang ramai sehingga mendapat pujian daripada penonton yang hadir.

“Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam “harga rahmah, experience mewah” Betul kot. Ni mmg cite buat konsert utk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yg dtg happy! Puas hati dapat buat stage and sound ikut spec sendiri!! 360 degrees stage,” katanya dalam ciapan yang dimuat naik semalam.

Bukan hanga Azzim, pengunjung yang hadir ke konsert tersebut juga memuji penganjuran konsert tersebut dengan kebanyakan mereka berterima kasih kepada Azzim kerana telah menganjurkan acara begini.

Konsep pemasaran yang dilakukan oleh Bulan Bintang ini patut dicontohi oleh jenama-jenama lain. Walaupun ia memerlukan kos yang besar, tetapi ia memberi kesan yang baik kepada jenama. Berbanding pula dengan jenama yang mencari konsep pemasaran yang kontroversi dan ‘jalan mudah’ dengan percaya kepada konsep ‘bad marketing.’