Konsert Dua Lipa yang berlangsung pada hari Khamis yang lalu nyata buat peminat setia beliau puas hati dengan persembahan yang energetik. Walaupun ditempelak dengan sedikit isu di Instagram rasmi Dua Lipa sebelum ini, ianya tidak menghalang Dua Lipa untuk beri persembahan yang hebat di KL Live.

Konsert yang menghiburkan hampir 2,500 peminat ini dimulakan dengan lagu hit beliau, ‘Blow Your Mind’ sebelum menyanyikan kesemua lagu dalam katalog album self titled beliau, Dua Lipa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BiWVVWzlv2s/?utm_source=ig_embed

Konsert ini diakhiri dengan lagu popular beliau ketika ini, ‘#IDGAF’ dan ‘New Rules’. Lokasi KL Live mungkin sedikit kecil untuk nama besar seperti Dua Lipa. Mungkin pihak IME Asia tidak menjangkakan support yang sebegini dari peminat Dua Lipa di Malaysia.

Dua lipa 1

Namun, rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan konsert bertenaga Dua Lipa selama 1 jam 30 minit ini. Ada juga peminat yang sanggup terbang dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia untuk melihat persembahan Dua Lipa secara live.

P/S: Dua Lipa juga nampaknya sangat suka dengan Malaysia. Sempat beliau bergambar di depan mural gambarnya hasil karya artis tempatan, Katun dan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Steady, Dua Lipa!

https://www.instagram.com/p/BiUFlAFhuYh/?taken-by=dualipa