Siapa yang tidak mengenali kumpulan Boyzone yang terkenal dengan lagu Love Me For A Reason pada satu ketika dahulu? Kini, sebuah konsert jelajah iaitu The Farewell Tour 2019 akan dianjurkan pada 14 Jun 2019, jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sesuai dengan nama konsert tersebut The Farewell Tour 2019, ia merupakan konsert terakhir kumpulan Boyzone setelah mereka melancarkan album terakhir mereka. Kemudian,  mereka memulakan konsert jelajah The Thank You & Goodnight The Tour Farewell sejak bulan Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.

Jika anda terlepas untuk berhibur di konsert ini, anda tidak akan berpeluang lagi untuk berhibur bersama mereka. Ini kerana mereka telah mengambil keputusan untuk bersara dari persada muzik setelah konsert jelajah ini selesai.

boyzoneposter:vckt

Untuk pengetahuan anda, harga tiket ini bermula dari RM198, RM438, RM588 dan RM688 dan ia boleh dibeli secara atas talian bermula dari 6 Mei hingga 19 Mei 2019 ini. Menariknya, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 5% jika membeli tiket awal untuk semua kategori.

Pasti anda berasa teruja dengan perkhabaran ini dan tidak sabar untuk berhibur di konsert mereka. Adakah anda sudah bersedia untuk menyanyi bersama Boyzone secara live? Pastikan anda sudah menghafal lagu-lagu hits Boyzone seperti No Matter What, Love Me For A Reason dan banyak lagi.