Sebut mengenai pelaburan, pastinya ramai akan menyebut pelaburan melibatkan Amanah Saham Berhad (ASB), hartanah atau emas. Hal ini kerana pelaburan ini berjaya memberi keuntungan buat para pelabur sekiranya kena dengan caranya.

Dalam pada itu, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai saham daripada Bank Rakyat. Menawarkan dividen yang konsisten iaitu 13% atau lebih setiap tahun membuatkan saham ini menjadi rebutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, penawarannya yang terhad membuatkan ramai pelabur gagal untuk mendapatkannya. Malah, terdapat sejumlah besar pelabur saham Bank Rakyat mempunyai jumlah simpanan saham yang kecil.

Dalam usaha untuk memudahkan proses jual beli atau pertukaran milik saham Bank Rakyat yang konsisten menawarkan dividen yang tinggi ini, para netizen menerusi Facebook tampil dengan inisiatif untuk menghasilkan sebuah Group jual beli saham Bank Rakyat.

Menerusi perkongsian dalam Group Saham Bank Rakyat 2023/2024 ini, terdapat pembeli dan penjual yang berminat untuk mendapatkannya.

Lebih mengejutkan, berikutan penawaran saham yang sukar serta mempunyai jumlah peminat yang ramai, terdapat pembeli sedia melepaskan saham namun dengan harga yang lebih tinggi.

Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024
Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024
Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024

Berdasarkan tinjauan, terdapat pelabur yang sedia menjual saham mereka namun dengan harga yang tinggi iaitu mencecah RM1.90 seunit. Sebagai perbandingan, harga seunit saham yang ditawarkan Bank Rakyat hanyalah sebanyak RM1.

Walau bagaimanapun, berikutan Bank Rakyat tidak lagi menawarkannya lagi setakat ini, membuatkan terdapat segelintir pelabur sanggup mendapatkannya dengan harga tinggi.

Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024

Sementara itu, terdapat juga netizen yang tampil berkongsi anggaran yang diperlukan untuk balik modal berikutan pembelian harga belian yang lebih tinggi.

Orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan agar tidak terdedah kepada sebarang isu melibatkan scam dan sebagainya.