Ini berita baik buat penggemar permainan video diluar sana. Panic bakal tampil dengan koleksi konsol permainan ‘Playdate’ tidak lama lagi.

Menariknya, konsol ini tersedia dilengkapi dengan 12 permainan video dimana pemilik Playdate akan menerima permainan mereka untuk sistem secara mingguan melalui Wi-Fi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Playdate hadir dengan warna kuning dan crank pada bahagian tepi untuk merancakkan lagi pengalaman permainan. Lebih mengujakan, apabila koleksi ini akan dibuat di Malaysia dan perkara tersebut disahkan oleh jurutera Panic, Dave Hayden dimana Playdate dibuat di Sungai Petani.

https://twitter.com/davehayden/status/1132174061272875008

Untuk pengetahuan anda, koleksi Playdate ini dijangka akan tersedia pada tahun 2020 dan harga bagi koleksi tersebut adalah $149 (~RM623) sahaja. Pastinya harga koleksi ini mampu milik dan anda masih mempunyai masa lagi untuk kumpul duit bagi mendapatkan ia apabila sudah tersedia untuk dijual.

playdate:vckt

playdate:vckt2

playdate:vckt3

Sumber